Skip to main content

Hiburan

Argo filem terbaik BAFTA

41360540783_295x200.jpg
Filem drama krisis tebusan Iran, arahan pelakon dan pengarah  Ben Affleck iaitu ‘Argo’ memenangi anugerah filem terbaik di anugerah BAFTA British sebentar tadi.

Majlis yang berlangsung di Royal Opera House di London itu turut menjadi saksi Ben Affleck  memenangi anugerah pengarah terbaik.

Pelakon Daniel Day-Lewis memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik menerusi rama politik arahan  Steven Spielberg ‘Lincoln’, manakala Emmanuelle Riva, pelakon yang berusia 85 tahun memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem ‘Amour’.

Manakala, Anne Hathaway pula memenangi anugerah pelakon pembantu wanita terbaik untuk lakonannya dalam sebuah filem muzikal ‘Les Miserables’, sementara Christoph Waltz memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk wataknya dalam filem arahan Quentin Tarantino ‘Django Unchained’.

BAFTA memilih filem-filem yang sama untuk kategori filem terbaik seperti Oscar empat tahun berturut-turut.

Must Watch Video