Skip to main content

Advertisement

Dunia

Vietnam catat kerugian lebih AS$330 juta akibat Taufan Matmo

51760348851_TBVietnmflood.jpg
HANOI: Kerugian yang disebabkan oleh Taufan Matmo di Vietnam dianggarkan melebihi 8.7 trilion dong Vietnam (kira-kira AS$330.3 juta) setakat pagi Isnin, menurut Agensi Berita Vietnam yang memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam, lapor Xinhua.

Wilayah utara Thai Nguyen mencatat kerugian paling besar, dianggarkan sebanyak 4 trilion dong Vietnam (kira-kira AS$151.9 juta).

Perdana Menteri Pham Minh Chinh pada Ahad meluluskan pakej tambahan bantuan kecemasan bernilai 400 bilion dong Vietnam (kira-kira AS$15.2 juta) daripada rizab belanjawan pusat untuk empat wilayah iaitu Thai Nguyen, Cao Bang, Lang Son dan Bac Ninh bagi membantu menangani kesan banjir baru-baru ini, lapor akhbar tempatan VnEconomy.

Minggu lepas, Perdana Menteri memperuntukkan 140 bilion dong Vietnam (sekitar AS$5.3 juta) kepada wilayah yang sama.

Menurut kemas kini terbaharu Pihak Berkuasa, banjir yang dicetuskan oleh Taufan Matmo setakat ini meragut 16 nyawa dan mencederakan 15 yang lain.

--BERNAMA-XINHUA




Must Watch Video