Skip to main content

Dunia

USS Rushmore laksana operasi sekatan di Laut Arab

Warship USS Rushmore
USS Rushmore dihantar melaksanakan operasi sekatan di Laut Arab. - Gambar/ FB US Naval Institute

WASHINGTON: Komando Pusat Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pada Sabtu bahawa USS Rushmore sedang melaksanakan operasi sekatan di Laut Arab, lapor Xinhua.

Terdahulu pada Sabtu, ia memaklumkan kapal pemusnah peluru berpandu USS Pinckney turut meronda di perairan serantau bagi menyokong operasi berkenaan.

Sementara itu, USS New Orleans pula memantau pergerakan kapal di kawasan terbabit.

Perkembangan itu berlaku ketika Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengumumkan bahawa Selat Hormuz ditutup sejak petang Sabtu dan tidak akan dibuka semula sehingga AS menarik balik sekatan tentera lautnya di laluan perairan itu.

Pada Jumaat, Washington dan Tehran mengesahkan bahawa selat berkenaan dibuka sepenuhnya kepada semua kapal dagang.

Bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump berkata menerusi Truth Social bahawa sekatan tentera laut AS akan “kekal berkuat kuasa sepenuhnya”.

Sebagai tindak balas, Iran memberi amaran akan menutup semula laluan perairan strategik itu sekiranya sekatan AS diteruskan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video