Skip to main content

Dunia

AS, UK capai persetujuan perjanjian perdagangan

41746712905_KeirStarmerDonald.jpg
LONDON: Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah mencapai persetujuan mengenai satu perjanjian perdagangan, dengan Presiden AS Donald Trump menyifatkan "ini sepatutnya menjadi hari yang sangat besar dan menarik" bagi kedua-dua negara, lapor PA Media/dpa.

Trump berkata perjanjian perdagangan AS-UK itu merupakan perjanjian "penuh dan komprehensif" yang akan "memperkukuh hubungan" antara kedua-dua negara "untuk beberapa tahun akan datang."

Beliau sebelum ini mengumumkan bahawa akan ada perkembangan dalam rundingan perdagangan dengan sebuah "negara besar dan amat dihormati."

Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata beliau akan "bertindak demi kepentingan negara" untuk "menjamin keselamatan dan pembaharuan" bagi United Kingdom.

Starmer dijangka mengulas lanjut mengenai perjanjian itu lewat Khamis, manakala Trump dijadual mengadakan sidang media pada 10 pagi waktu timur AS (14:00 GMT) di Washington.

-- BERNAMA


Must Watch Video