ISTANBUL: Turkiye telah membawa pulang 17 penjenayah, termasuk 12 individu yang dikehendaki di bawah notis merah Interpol dan lima lagi yang diburu di peringkat nasional, kata Menteri Dalam Negerinya pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami membawa pulang penjenayah berkenaan dari Jerman, Iraq, Azerbaijan, Bosnia dan Herzegovina, Belarus, Georgia, Itali, Kyrgyzstan, Kosovo, Macedonia Utara serta Greece," kata Ali Yerlikaya menerusi platform media sosial Turkiye, NSosyal.
Beliau berkata:"tanpa mengira jenis notis buruan mereka, kami akan menangkap ahli kumpulan jenayah terancang dan pengedar dadah untuk dibawa pulang ke negara kita."
-- BERNAMA