Skip to main content

Dunia

Trump yakin perjanjian dengan Iran beri manfaat kepada AS

U..S. President Donald Trump speaks at the site of ongoing construction of the planned White House ballroom in Washington, D.C., U.S., May 19, 2026. REUTERS/Kevin Lamarque
Menurut Trump (foto), Iran ketika ini dilihat cenderung untuk memeterai perjanjian damai. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempertahankan pendekatan pentadbirannya terhadap konflik dengan Iran dengan mendakwa sebarang perjanjian yang bakal dicapai akan memberi manfaat kepada negara itu.

Menerusi kenyataan di platform Truth Social, beliau turut membidas kritikan domestik terhadap pengurusan isu berkenaan.

Menurut Trump, Iran ketika ini dilihat cenderung untuk memeterai perjanjian damai.

“Bertenang dan lihat sahaja perkembangan ini, semuanya akan berakhir dengan baik pada akhirnya,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika Washington dan Tehran dilaporkan sedang memperhalusi draf memorandum persefahaman (MoU) bagi melanjutkan tempoh gencatan senjata serta membuka ruang kepada rundingan jangka panjang.

Setakat ini, pihak White House belum mengeluarkan perincian lanjut mengenai garis masa pemeteraian perjanjian tersebut.

 

Must Watch Video

Advertisement