Skip to main content

Dunia

Trump puji British "sahabat paling rapat" semasa keberangkatan Raja Charles ke White House

Britain's King Charles and Queen Camilla walk as they join US President Donald Trump and US First Lady Melania for a tour of the White House beehives in the grounds of the White House, on day one of the state visit to the US, in Washington D.C., U.S., April 27, 2026. Aaron Chown/Pool via REUTERS
Presiden Donald Trump pada Selasa menyambut keberangkatan tiba Raja Britain, Raja Charles III dan Ratu Camilla ke White House, pada Isnin. - Gambar Reuters

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa menyambut keberangkatan tiba Raja Britain, Raja Charles III dan Ratu Camilla ke White House pada Selasa dengan penghormatan tinggi terhadap pakatan Anglo-Amerika, sambil menyifatkan rakyat British sebagai sahabat paling rapat Amerika.

Beliau turut menyusuri ikatan kedua-dua negara yang terjalin merentasi sejarah perkongsian berabad lamanya.

"Dalam tempoh berabad-abad sejak kami mencapai kemerdekaan, rakyat Amerika tidak mempunyai sahabat yang lebih rapat selain rakyat British," kata Trump pada upacara sambutan itu sambil merujuk kepada persamaan akar umbi, bahasa dan nilai sebagai tunjang kepada "tamadun luar biasa" yang dipertahankan bersama di bawah panji berkembar merah, putih dan biru, lapor Anadolu Ajansi.

Trump turut memetik pertemuan Piagam Atlantik 1941 antara Winston Churchill dan Franklin Roosevelt "untuk menggariskan visi bagi dunia bebas."

"Pemahaman tentang ikatan unik negara kita dan peranan dalam sejarah adalah inti pati kepada hubungan istimewa kita, dan kami berharap ia akan sentiasa kekal sedemikian," katanya.

Mengulas mengenai peralihan daripada konflik kepada pakatan, Trump mengagumi bagaimana askar yang dahulunya bertempur sesama sendiri sebagai “Redcoats” dan “Yankees” telah berubah menjadi “Tommies” dan “GIs” – istilah umum bagi askar kedua-dua negara – yang menurut beliau, "menyelamatkan dunia bebas" dengan berjuang bersama-sama.

Beliau berkata, nenek moyang mereka pasti akan "berbesar hati" melihat luka Perang Revolusi telah sembuh menjadi "persahabatan yang paling dihargai" di dunia.

Raja Charles dan Ratu Camilla sedang dalam rangka lawatan negara ke AS dari 27 hingga 30 April atas undangan Trump. 

Lawatan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika dan menandakan kunjungan sulung Charles sebagai raja.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

 

Must Watch Video