Skip to main content

Dunia

Trump ampunkan hampir 1,500 defendan serangan 6 Jan ke atas Capitol AS

81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk memberikan pengampunan kepada mereka yang didakwa atas serangan ke atas Capitol AS pada 6 Jan 2021, lapor Agensi Anadolu.

"Saya percaya perintah ini akan memberi kesan kepada kira-kira 1,500 orang," kata Trump di Pejabat Oval.

Trump mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua, menjanjikan perubahan besar dalam pentadbiran AS yang dijangka mencetuskan impak besar kepada masyarakat Amerika dan dunia.

-- BERNAMA






Must Watch Video