Skip to main content

Dunia

Toyota gantung operasi 12 kilang di Jepun akibat kegagalan sistem komputer

41445417398_Toyota.jpg
MOSCOW: Toyota Motor menggantung operasi 12 daripada 14 kilangnya di Jepun kerana kegagalan sistem komputer, lapor Sputnik pada Selasa.

Syarikat itu masih belum memaklumkan bila kerja pengeluaran akan disambung semula.

Media kemudiannya melaporkan operasi dua lagi kilangnya juga akan digantung bermula 03:00 GMT.

-- BERNAMA

Must Watch Video