Skip to main content

Dunia

Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia

61682049545_ColombiaMineExplos.jpg
TIGA individu disahkan maut dalam insiden letupan dua lombong arang batu di Colombia pada Khamis.

Sementara itu, empat mangsa lain berjaya diselamatkan dan beberapa orang masih terperangkap dalam insiden tersebut.

Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.

Dalam satu kenyataan, Agensi Lombong Kebangsaan Colombia mengatakan mereka telah melarang kedua-dua lombong itu daripada beroperasi sejak Disember 2022 atas alasan keselamatan.

Bagaimanapun, difahamkan lombong-lombong tersebut masih beroperasi meskipun telah diberi amaran penutupan.

Untuk rekod, Colombia mencatatkan beberapa kes letupan di lombong sejak kebelakangan ini.

Ia termasuk insiden letupan lombong arang batu dan emas.

Pada Mac, berlaku insiden letupan di dua lombong di Sutatausa dan Cundinamarca, mengorbankan 21 nyawa.




Must Watch Video