Skip to main content

Dunia

Tiga letupan kedengaran berhampiran Bandar Abbas di selatan Iran

Sumber: BERNAMA
--fotoBERNAMA

ISTANBUL: Tiga letupan kedengaran berhampiran Bandar Abbas di selatan Iran awal Khamis ketika sistem pertahanan udara diaktifkan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik agensi berita separa rasmi Fars.

Agensi itu melaporkan letupan berkenaan kedengaran sekitar 1.30 pagi waktu tempatan (2200 GMT Rabu) di timur bandar itu.

Fars menambah bahawa lokasi tepat dan punca letupan itu masih belum diketahui setakat ini, manakala pihak berkuasa terus menyiasat insiden berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement