Skip to main content

Dunia

Thiago, Abu Keshek dibebaskan selepas ditahan Israel

Saif Abukeshek, a Palestinian-Spanish activist and member of the Global Sumud Flotilla’s steering committee, left, and Thiago Ávila, a Brazilian activist and member of the Global Sumud Flotilla’s steering committee, aboard the Greenpeace vessel Arctic Sunrise, which joined a Gaza-bound flotilla in the Mediterranean Sea on April 18, 2026. (Max Cavallari/Greenpeace via AP)
Thiago dan Abu Keshek dibebaskan pada Sabtu sebelum diserahkan kepada pihak imigresen untuk proses penghantaran pulang. - Foto AP

SAO PAULO: Aktivis Brazil, Thiago Avila dan warga Sepanyol, Abu Keshek dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa Israel susulan cubaan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla.

Thiago tiba di Sao Paulo pada Isnin selepas dihantar pulang dari Israel dan mendakwa beliau diseksa sepanjang 10 hari dalam tahanan selain menyaksikan layanan buruk terhadap tahanan Palestin.

Thiago dan Abu Keshek merupakan sebahagian daripada kumpulan kedua Global Sumud Flotilla yang berlepas dari Sepanyol pada 12 April lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua mereka ditahan selepas flotila berkenaan dipintas tentera Israel, manakala lebih 100 aktivis pro-Palestin lain dibawa ke Crete, Greece.

Mereka ditahan atas dakwaan membantu musuh dan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas, namun kedua-duanya menafikan tuduhan tersebut.

Thiago dan Abu Keshek dibebaskan pada Sabtu sebelum diserahkan kepada pihak imigresen untuk proses penghantaran pulang.

“Kepulangan saya hanyalah pembetulan terhadap pelanggaran serius. Saya diculik oleh Israel, bukan dipenjarakan,” kata Thiago kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo-Guarulhos.

Israel bagaimanapun menolak dakwaan kumpulan hak asasi Adalah yang mewakili kedua-dua aktivis itu di mahkamah bahawa mereka diseksa ketika dalam tahanan.

Pihak berkuasa Israel menegaskan semua tindakan yang diambil adalah mengikut undang-undang.

Kerajaan Sepanyol dan Brazil pula menyifatkan penahanan itu sebagai tidak sah.
 

 

Must Watch Video