Skip to main content

Dunia

[TERKINI] Serangan balas Iran: Tel Aviv diserang, lebih 40 cedera termasuk dua parah

41749864493_IranIsraelMideas.jpg
PERKHIDMATAN kecemasan Israel bertindak pantas memberikan rawatan kepada mangsa berhampiran sebuah bangunan yang rosak di Tel Aviv pada Sabtu, susulan serangan balas Iran yang bermula Jumaat malam.

Menurut tentera Israel, Iran telah melancarkan kurang daripada 100 peluru berpandu dalam serangan tersebut, namun kebanyakannya berjaya dipintas atau tidak mencapai sasaran.

Dua pegawai Amerika Syarikat turut mengesahkan bahawa tentera negara itu membantu memintas peluru berpandu Iran yang menuju ke Israel.

Saluran berita tempatan, Channel 12, melaporkan bahawa dua individu cedera parah, lapan lagi mengalami kecederaan sederhana manakala 34 cedera ringan akibat terkena serpihan letupan.

Serangan balas ini berlaku beberapa hari selepas ketegangan memuncak berikutan tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran, termasuk serangan ke atas tapak nuklear Natanz yang didakwa menyebabkan kematian beberapa komander tertinggi Iran.

Ketika komuniti antarabangsa menyeru agar ketegangan dikendurkan, insiden ini menimbulkan kebimbangan baharu terhadap potensi tercetusnya konflik berskala besar di rantau Asia Barat. - Agensi






Must Watch Video