Skip to main content

Dunia

Tawarkan pelanggan makan dan bayar ikut suka, restoran diambang kerugian

61365010284_120x90.jpg
Sebuah restoran di China yang menawarkan kepada pelanggannya untuk makan apa sahaja pada harga yang mereka tentukan sendiri termasuk makan dengan percuma akhirnya terpaksa akur bahawa model perniagaan itu sangat berisiko tinggi.

Restoran Five Loaves and Two Fish yang terletak di Fuzhou dalam daerah Fujian itu sentiasa penuh sesak setiap hari  sejak dibuka pada Ogos lepas.

Ia dibuka 24 jam sehari dan terkenal dengan makanan laut dan hidangan tempatan.

Pelanggan boleh makan apa sahaja tetapi disyaratkan mencuci pinggan mangkuk sendiri selepas makan dan memasukkan  bayaran mengikut citarasa mereka ke dalam sebuah kotak.

Tetapi menurut pemilik restoran itu satu perlima daripada pelanggannya makan percuma dan restoran itu rugi sehingga RM120,000 sejak mula beroperasi.

"Kami pada awalnya jangka restoran ini hanya akan beroperasi selama dua bulan tetapi sekarang sudah masuk tiga bulan. Kerugian itu masih boleh ditanggung," kata pemiliknya Liu Pengfei seperti dipetik oleh akhbar China Daily.

Dalam satu wawancara dengan sebuah televisyen bulan lepas, Liu berkata apa yang beliau harapkan daripada  pelanggannya bukanlah wang mereka tetapi kepercayaan mereka kepadanya.

Beliau kini mahu pelanggannya memberitahu pihak pengurusan restoran itu untuk berkongsi pandangan kenapa mereka  hanya mahu makan percuma.

"Mereka boleh beritahu saya bahawa mereka tidak cukup duit, tak mengapa. Tetapi langsung tidak bayar adalah cerita  yang lain," katanya.

"Kejujuran adalah langkah pertama untuk membina kepercayaan. Pada pandangan saya, mereka yang tidak membayar (dan  makan percuma) adalah sakit." — Agensi

Must Watch Video