BEIJING: Syarikat penerbangan utama China, termasuk Air China dan China Southern Airlines, mengumumkan pada Rabu bahawa surcaj bahan api bagi laluan domestik akan dinaikkan bermula 5 April ini, lapor Xinhua.
Bagi laluan sejauh 800 kilometer (km) atau kurang, surcaj bahan api ditetapkan pada 60 yuan (kira-kira US$8.69), manakala bagi laluan melebihi 800 km, surcaj berkenaan akan dinaikkan kepada 120 yuan bagi setiap segmen penerbangan.
Bagi tiket laluan domestik yang dijual pada atau sebelum 4 April, sekiranya pindaan dibuat pada atau selepas 5 April, tiada perbezaan harga akan dikenakan berdasarkan piawaian baharu itu.
Syarikat penerbangan China pada masa ini mengenakan surcaj bahan api sebanyak 10 yuan bagi laluan domestik sejauh 800 km atau kurang, dan 20 yuan bagi laluan melebihi 800 km.
-- BERNAMA-XINHUA