SINZIG (JERMAN): Situasi tebusan di sebuah bank di bandar Sinzig, barat Jerman berakhir, menurut polis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua mangsa yang dipercayai dijadikan tebusan ditemukan selamat tanpa kecederaan, kata jurucakap polis sambil menjelaskan yang usaha memburu suspek masih diteruskan.
Pasukan khas polis melancarkan serbuan dan menemukan kedua-dua individu itu dikurung di dalam sebuah bilik.
Polis percaya suspek atau beberapa suspek melarikan diri melalui laluan yang masih belum dikenal pasti.
Siasatan awal menunjukkan beberapa suspek menahan tebusan di cawangan bank itu di Sinzig, negeri Rhineland-Palatinate.
Seorang daripada tebusan dilaporkan merupakan pemandu kenderaan pengangkut wang tunai.
Beberapa ratus anggota polis dikerahkan dan kawasan sekitar bank itu dikepung.
-- BERNAMA-dpa