Skip to main content

Dunia

Serangan dron cetus kebakaran, operasi lapangan terbang Dubai tergendala

Smoke rising from an area near the Dubai International Airport is seen through the windshield of a vehicle, after a drone attack hit a fuel tank, according to Dubai authorities, amid the U.S.-Israel conflict with Iran, in Dubai, United Arab Emirates, March 16, 2026, REUTERS/Stringer TPX IMAGES OF THE DAY REFILE - CORRECTING FROM "SMOKE RISING FROM THE DUBAI INTERNATIONAL AIRPORT" TO "SMOKE RISING FROM AN AREA NEAR THE DUBAI INTERNATIONAL AIRPORT".
Beberapa penerbangan turut dialihkan ke lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum bagi mengurangkan gangguan operasi. -Foto Reuters

DUBAI: Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara selepas sebuah tangki bahan api berhampiran lapangan terbang itu terbakar.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai, insiden itu berpunca daripada impak serangan dron sehingga menyebabkan kebakaran besar dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4 pagi pada Isnin.

Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran berjaya dikawal dan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan. 

Beberapa penerbangan turut dialihkan ke lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum bagi mengurangkan gangguan operasi. 

Sementara itu, syarikat penerbangan Emirates memaklumkan, sebahagian operasi penerbangan disambung semula secara berperingkat bermula kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan selepas situasi terkawal.

 

Must Watch Video