Skip to main content

Dunia

Seorang maut, 8 cedera ditembak ketika hadiri parti di Pennsylvania AS

61696852781_policeline.jpg
MOSCOW: Seorang maut manakala lapan lagi cedera d alam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah parti persendirian di Pennsylvania, AS, lapor Sputnik, memetik polis tempatan.

Insiden berlaku pada pagi Ahad di White Township, Indiana County, tidak jauh dari Indiana University of Pennsylvania, lapor Sputnik.

Seramai sembilan orang berumur antara 18 dan 23 tahun ditembak dan seorang lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pegawai penguatkuasa undang-undang kini sedang menyiasat kejadian itu.

--BERNAMA-SPUTNIK




Must Watch Video