Skip to main content

Dunia

Seorang lagi warga Amerika Syarikat dijangkiti virus ebola

61413416377_295x200.jpg
Seorang lagi warganegara Amerika Syarikat diuji positif dijangkiti virus membunuh, Ebola.

Identiti mangsa terbaru ebola itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negara itu memaklumkan, mangsa merupakan seorang petugas kesihatan.

Mangsa dikatakan jatuh sakit pada Selasa dan segera diasingkan di unit khas.

Bagi memastikan penularannya terkawal, mangsa kedua itu disoal tentang mana-mana individu yang pernah ditemui dan berdampingan dengannya.

Mangsa pertama diuji positif ebola di Amerika Syarikat sebelum ini dikenali sebagai Nina Pham, seorang jururawat di Hospital Kesihatan Presbyterian, di Texas.

Sebelum ini Pham bertugas merawat mangsa pertama ebola di Amerika Syarikat, Thomas Eric Duncan yang meninggal dunia pada Rabu lepas.

Pham kini sedang menjalani rawatan intensif di hospital sama tempat dia dijangkiti.

Must Watch Video