Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt

81700370940_wartawanPalestin.jpg
MOSCOW: Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt lepas mencecah 50 orang manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.

Perkara itu didedahkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan pada Selasa, lapor Sputnik.

"Setakat 20 Nov, dalam #IsraelGazaWar, CPJ telah mendokumentasikan: - 50 wartawan maut... 11 cedera... 3 hilang... 18 ditahan," tulis jawatankuasa itu di X.

-- BERNAMA

Must Watch Video