Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 10 maut dalam banjir di Argentina

51741428134_ArgentinaFloods.jpg
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat banjir yang melanda bandar Bahia Blanca di Wilayah Buenos Aires, Argentina susulan hujan lebat, lapor portal Infobae pada Sabtu, memetik pihak berkuasa tempatan, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Lebih 1,300 orang dipindahkan dari kawasan terjejas, menurut portal itu.

Penyiar EFE melaporkan hujan lebat mula turun pada pagi Jumaat dan pihak berkuasa tempatan memutuskan bekalan elektrik atas faktor keselamatan.

-- BERNAMA


Must Watch Video