Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya 10 maut, 30 cedera selepas kenderaan rempuh orang ramai di New Orleans

51735766622_blackflag.jpg
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 30 lagi dibawa ke hospital selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di French Quarter, New Orleans.

Pasukan penyelamat kini "sedang menangani insiden kecemasan besar-besaran melibatkan sebuah kenderaan yang merempuh orang ramai di Jalan Canal dan Bourbon," lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik kenyataan pihak berkuasa bandar raya itu.

Terdahulu, penyiar CBS News melaporkan saksi melihat sebuah trak dipandu laju ke arah orang ramai di Jalan Bourbon sebelum pemandunya keluar daripada kenderaan dan melepaskan tembakan.

Rakaman oleh WWLTV menunjukkan sejumlah besar pasukan kecemasan berada di lokasi kejadian.

Seorang wartawan stesen itu melaporkan pihak polis telah mengosongkan beberapa restoran dan bar di Jalan Bourbon.

BERNAMA





Must Watch Video