Skip to main content

Dunia

Sekatan tentera laut AS di Iran dihentikan selepas perjanjian ditandatangani - Trump

U.S. President Donald Trump gestures after delivering an address to the nation about the Iran war at the White House in Washington, D.C., U.S. April 1, 2026. Alex Brandon/Pool via REUTERS
Ditanya sama ada perang akan berakhir hujung minggu ini, Presiden Trump berkata, perbincangan sedang berjalan. - Gambar Reuters

HAMILTON: Sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran akan dihentikan sebaik sahaja perjanjian dicapai, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat sekali gus mengikat pengepungan itu pada hasil rundingan, lapor Anadolu Ajansi.

"Sekatan berakhir sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, ketika itulah sekatan berakhir," kata Trump kepada pemberita di Lapangan Terbang Phoenix sebelum menuju ke suatu acara di Arizona.

Ditanya sama ada perang akan berakhir hujung minggu ini, Trump menyatakan perbincangan sedang berjalan.

"Kami telah mengadakan beberapa perbincangan yang sangat baik," katanya sambil menambah "banyak perkara baik sedang berlaku dan itu termasuk (isu) Lubnan juga."

Ditanya mengenai dakwaan Iran bahawa perbezaan ketara kekal antara kedua-dua pihak, Trump menolak. "Baiklah, mungkin ada; mari kita lihat apa yang berlaku. Jika ada, kita perlu membetulkannya," katanya. "Tetapi saya tidak fikir terdapat terlalu banyak perbezaan yang ketara."

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

 

 

Must Watch Video