MANILA: Sehingga 17 siklon dijangka terbentuk atau memasuki Kawasan Tanggungjawab Filipina (PAR) dari bulan ini hingga Januari 2026, menurut agensi berita Filipina (PNA) yang memetik biro cuaca negara itu.
Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) berkata dua atau tiga taufan dijangka menjejaskan negara itu pada bulan Ogos.
Antara September dan Oktober, negara itu berkemungkinan berdepan dua hingga empat taufan, diikuti dua atau tiga pada November, satu atau dua pada Disember, dan mungkin satu atau tiada langsung pada Januari.
Sementara itu, PAGASA memaklumkan satu sistem berpusar yang menyerupai siklon tropika mungkin terbentuk di bahagian timur kawasan pemantauan mereka antara 1 hingga 7 Ogos, namun kebarangkalian ia membentuk siklon adalah rendah.
Sistem itu dijangka memasuki PAR antara 8 hingga 14 Ogos, namun masih tidak berpotensi untuk berkembang menjadi taufan, menurut jabatan itu.
-- BERNAMA