TEHRAN: Ketua Dewan Penegasan Kebijaksanaan, Sadeq Larijani, memuji pelantikan Mojtaba Khamenei sebagai Pemimpin Tertinggi baharu, dengan menyifatkannya sebagai langkah yang mampu meredakan keresahan rakyat ketika negara sedang berdepan peperangan.
Memetik laporan agensi berita Fars, Sadeq Larijani menyatakan sokongan padu terhadap pelantikan anak kepada Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei itu, sambil menegaskan kepentingan meneruskan kesinambungan perjuangan kepimpinan terdahulu, lapor Al Jazeera.
“Pelantikan Mojtaba membantu meredakan kesedihan rakyat semasa peperangan ini dan mengesahkan keperluan untuk meneruskan kemerlangan pemimpin agung pertama Iran, Ruhollah Khomeini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sokongan daripada tokoh berpengaruh dalam Dewan Penegasan Kebijaksanaan itu dilihat sebagai satu lagi pengukuhan kuasa domestik buat Mojtaba, selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) turut menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada beliau awal hari ini.
Pelantikan tersebut dibuat oleh Majlis Pakar bagi mengisi kekosongan jawatan tertinggi negara susulan kematian Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel baru‑baru ini, sekali gus menandakan fasa baharu dalam kepimpinan politik dan ketenteraan di Asia Barat.