MOSCOW: Rusia sentiasa dan akan terus menjadi pembekal bekalan tenaga serta makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Mengambil kesempatan ini, saya ingin menegaskan semula: Rusia telah dan tetap menjadi pembekal tenaga dan makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara," kata Lavrov dalam satu perutusan video sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Rusia dan Filipina.
Hubungan diplomatik dengan Filipina bermula pada 2 Jun 1976, manakala pertukaran kedutaan antara kedua-dua negara pula berlangsung pada 1977.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI