WASHINGTON: Setiausaha Negara (AS) Marco Rubio, tidak akan meneruskan lawatan ke Israel seperti yang dirancang, kata Jabatan Negara pada Sabtu, memetik keadaan semasa, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Jurucakap jabatan berkata Rubio tidak akan berlepas ke Israel pada Isnin seperti dijadualkan, tanpa menyatakan sama ada lawatan itu akan dijadualkan semula.
Pengumuman itu dibuat selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di Iran. Presiden AS Donald Trump berkata serangan itu telah membunuh Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei. Tiada pengesahan segera dari Iran.
Tehran membalas serangan itu dengan menyasarkan lokasi di Israel dan pangkalan tentera AS di rantau itu.
-- BERNAMA-dpa