Skip to main content

Dunia

Roket sasar Lapangan Terbang Baghdad, rosakkan pesawat awam

71643388296_damagedaircraft.jpg
BAGHDAD: Enam roket Katyusha membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat, kata seorang pegawai polis Iraq.

"Enam roket Katyusha mensasarkan lapangan terbang dan sekitarnya pada waktu subuh hari Jumaat," kata seorang pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Agensi Anadolu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media.

Serangan itu menyebabkan kerosakan besar kepada sebuah pesawat awam, kata pegawai itu, sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

--BERNAMA



TAG: Baghdad, lapangan terbang, roket, serangan, Iraq

Must Watch Video