Skip to main content

Dunia

Ribut hujan batu sebesar bola golf, puting beliung melanda China

41633134201_TBSHANDONGTORNADO.jpg
PUTING beliung melanda sebuah bandar di Wilayah Shandong, China pada Jumaat.

Menurut penggemar cuaca ekstrim, Eric Wang, kemusnahan akibat kejadian itu selaras dengan kadar EF-1.

Skala EF yang dikuatkuasakan pada 1 Feb, 2007 mengira kekuatan puting beliung berdasarkan kelajuan angin dan kemusnahan yang berkait dengan kejadian itu.

Wang berkata, puting beliung itu melanda pusat bandar Yantai serta menyebabkan kemusnahan pada kenderaan dan bangunan.


Puting beliung tersebut turut menyebabkan ribut hujan batu sebesar bola golf yang dilaporkan di beberapa bandar di negara itu.




Must Watch Video