Skip to main content

Dunia

Ramal masa depan guna asparagus

41578290983_TBRamalAsparagus.jpg
Seorang jurujual di United Kingdom mendakwa dia mampu meramal masa depan dengan melambung asparagus ke udara.

Jemima Packington, 64, yang turut dikenali dengan jolokan Asparamancer berkata, sayur yang dilambung itu akan membentuk corak dan tafsiran dibuat melaluinya.

“Kebiasaannya 75 hingga 90 peratus ramalan saya tepat dan dibuat setiap tahun termasuk tahun ini.

“Ada masa petunjuk itu sedikit sahaja sehingga saya gagal membacanya dengan tepat tetapi keputusannya tidak terpesong jauh,” katanya.

Menurutnya, dia mewarisi kelebihan itu daripada ibu saudaranya yang mempunyai kemahiran meramal masa depan menggunakan daun teh.

Malah, Jemima turut mendakwa berdasarkan ramalannya, England bakal memenangi kejohanan kriket Piala Dunia 2020.

Must Watch Video