Skip to main content

Dunia

Ramadan bermula Rabu di Arab Saudi

Foto: Reuters
- REUTERS

JEDDAH: Ramadan akan bermula di Arab Saudi pada Rabu (18 Feb), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Menurut SPA, Mahkamah Diraja mengumumkan pada Selasa bahawa jawatankuasa cerapan anak bulan Mahkamah Agung mengisytiharkan Rabu sebagai hari pertama Ramadan.

Mahkamah Agung turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta kepada seluruh rakyat, penduduk dan umat Islam di seluruh dunia. 

Ia juga berdoa agar Allah memberkati, menerima segala amal kebaikan, menyatukan umat Islam, serta memelihara keselamatan dan kemakmuran negara itu.

-- BERNAMA-SPA

 

Must Watch Video