Skip to main content

Dunia

Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn

51723964924_TBTHAIPM.jpg
BANGKOK: Raja Thailand Maha Vajiralongkorn telah memperkenan pelantikan anggota kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, menurut perintah diraja pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Warta Diraja rasmi, baginda melantik 35 menteri kabinet yang dipilih oleh Paetongtarn, termasuk enam timbalan perdana menteri serta menteri lain, selepas beliau diperkenan sebagai perdana menteri baharu negara Asia Tenggara itu bulan lepas.

-- BERNAMA


Must Watch Video