Skip to main content

Dunia

Qatar kutuk tindakan Israel, tegaskan sokongan terhadap kedaulatan Lubnan

71747823682_tblubnanisrael.jpg
Jurucakap Kementerian Luar Qatar menegaskan sokongan padu Doha terhadap perpaduan serta integriti wilayah Lubnan, sambil menyifatkan tindakan ketenteraan berkenaan sebagai ancaman serius terhadap kestabilan serantau. -Gambar fail

DOHA: Qatar mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mencabuli kedaulatan Lubnan, termasuk serangan berterusan ke atas rakyat di negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar menegaskan sokongan padu Doha terhadap perpaduan serta integriti wilayah Lubnan, sambil menyifatkan tindakan ketenteraan berkenaan sebagai ancaman serius terhadap kestabilan serantau.

Beliau berkata konflik yang berlarutan itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan Lubnan, malah meletakkan seluruh rantau Asia Barat dalam keadaan berisiko, selain memberi kesan kepada kestabilan pasaran tenaga global.

Sehubungan itu, Qatar menggesa agar pelaksanaan gencatan senjata yang sedang berlangsung diteruskan bagi mengelakkan konflik berkenaan daripada merebak dengan lebih meluas.

Qatar juga menegaskan pendirian konsistennya yang menuntut penamatan segera peperangan tersebut serta menekankan kepentingan pendekatan diplomasi bagi menyelesaikan krisis yang sedang melanda.

Must Watch Video