Skip to main content

Dunia

Putin dijangka lawat China dalam masa terdekat

41757056252_VladimirPutin.jpg
Persiapan bagi lawatan tersebut telah selesai sepenuhnya, dengan tarikh rasmi akan diumumkan secara serentak oleh Moscow dan Beijing. - Foto fail/AP

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, dijangka mengadakan lawatan rasmi ke China dalam “masa terdekat”, menurut pengesahan Kremlin pada Khamis.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata persiapan bagi lawatan tersebut telah selesai sepenuhnya, dengan tarikh rasmi akan diumumkan secara serentak oleh Moscow dan Beijing.

Lawatan itu bakal menjadi kunjungan luar negara pertama Putin bagi tahun 2026, sekali gus dilihat signifikan dalam hubungan strategik antara Russia dan China.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sedang melakukan lawatan negara ke Beijing, yang turut mendapat perhatian global.

Penganalisis melihat langkah ini sebagai petunjuk peningkatan interaksi diplomatik di peringkat tertinggi antara kuasa-kuasa besar dunia, khususnya dalam konteks perubahan landskap geopolitik semasa.
 

 

 

Must Watch Video