Skip to main content

Dunia

Putera Mahkota Jordan dan isteri sambut bayi sulung

51722680732_royalhashemitecour.jpg
PUTERA Mahkota Jordan, Putera Hussein dan isterinya, Puteri Rajwa menyambut kelahiran anak sulung mereka, seorang bayi perempuan pada pagi Sabtu (3 Ogos).

Berita itu disahkan pihak istana menerusi satu video yang dimuat naik ke laman sosial.

Video itu menunjukkan Putera Hussein memangku sambil mengumandangkan azan pada bayi perempuannya.

Istana memaklumkan bayi itu dinamakan Iman.

Menerus hantaran di X, Raja dan Permaisuri Jordan, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania, turut meluahkan kegembiraan mereka dengan kelahiran cucu pertama mereka.

Putera Hussein dan Puteri Rajwa berkahwin dalam satu majlis gilang gemilang pada Jun tahun lalu.





Must Watch Video