Skip to main content

Dunia

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19

81694694596_TBHisahito.jpg
TOKYO: Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik.

Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Agensi berita Jepun Kyodo melaporkan pada Khamis, memetik kenyataan Imperial Household bahawa putera raja itu mengalami gejala demam sekembalinya dari sekolah pada Rabu, tetapi ujian awal gagal mengesan jangkitan COVID-19.

Pada Khamis, Putera Hisahito mengalami demam berterusan, dan ujian kedua mendapati baginda positif virus itu, menurut agensi itu.

Ujian yang dijalankan ke atas Putera Mahkota dan Puteri Mahkota bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif.

--BERNAMA-SPUTNIK



Must Watch Video