Skip to main content

Dunia

Presiden Trump dan isteri akan lawat zon banjir Texas pada Jumaat

61518213720_MelaniaTrump.jpg
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadualkan melawat kawasan bencana banjir di Texas bersama Wanita Pertama Melania pada Jumaat, seminggu selepas banjir kilat yang telah meragut lebih 100 nyawa, umum Rumah Putih pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump dan Wanita Pertama Melania dijadualkan melawat Kerrville pada Jumaat, seminggu selepas banjir kilat yang meragut lebih 100 nyawa.
  • Daerah Kerr mencatat sekurang-kurangnya 95 kematian termasuk 36 kanak-kanak, menjadikannya kawasan paling teruk terjejas dalam bencana ini.
  • Trump dijangka bertemu keluarga mangsa, pasukan penyelamat, serta menghadiri taklimat bersama pegawai tempatan dan pemimpin negeri seperti Gabenor Greg Abbott.


Pasangan itu dijangka tiba di Kerrville, kira-kira 162 kilometer barat Austin pada tengah hari (1700 GMT) Jumaat. Kawasan sekitar Daerah Kerr merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat banjir berkenaan.

Media AS melaporkan sekurang-kurangnya 119 orang maut dalam bencana banjir kilat di tengah Texas yang bermula pada awal 4 Julai, iaitu pada cuti Hari Kemerdekaan AS.

Di Daerah Kerr sahaja, Syerif Larry Leitha pada Khamis mengesahkan sekurang-kurangnya 95 kematian, termasuk 36 kanak-kanak. Lebih 160 orang masih dilaporkan hilang di wilayah itu.

-- BERNAMA





Must Watch Video