Skip to main content

Dunia

Presiden Perancis tuding jari pada militan IS

81447489743_FrancoisHollande.jpg
Presiden Perancis Francois Hollande berkata pada Sabtu serangan maut di Paris yang setakat ini mengorbankan 127 orang adalah suatu ‘tindakan keganasan perang’ yang dirancang oleh kumpulan militan IS dengan bantuan rangkaian hubungan mereka di dalam Perancis.

Menurut Hollande, insiden itu akan dibincangkan di Parlimen pada Isnin dalam sebuah mesyuarat luar biasa dan pada masa yang sama mengumumkan hari berkabung selama tiga hari di seluruh Perancis.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan bahawa militan IS telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya bertanggungjawab dalam serangan berkenaan yang mengejutkan orang ramai di enam lokasi berbeza di Paris.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Must Watch Video