TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menggariskan tiga syarat utama yang perlu dipenuhi bagi menamatkan konflik yang sedang melanda Asia Barat.
Dalam hantaran di platform X, Masoud Pezeshkian menegaskan penghentian perang hanya boleh dicapai melalui pengiktirafan terhadap hak mutlak Iran yang tidak boleh digugat, pembayaran pampasan atas kerosakan serta kehilangan nyawa, dan jaminan antarabangsa yang kukuh bagi menghalang sebarang pencerobohan berulang.
Beliau berkata tindakan tersebut penting untuk memastikan keselamatan dan kestabilan rantau itu terpelihara.
Talking to leaders of Russia and Pakistan, I reaffirmed Iran’s commitment to peace in the region. The only way to end this war—ignited by the Zionist regime & US—is recognizing Iran’s legitimate rights, payment of reparations, and firm int'l guarantees against future aggression.
— Masoud Pezeshkian (@drpezeshkian) March 11, 2026
“Hanya melalui pematuhan kepada syarat-syarat ini, keamanan yang mampan dapat dicapai bagi memastikan keselamatan rantau ini terus terpelihara,” menurut intipati kenyataan beliau.
Kenyataan itu hadir susulan siri serangan udara besar-besaran oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap infrastruktur strategik Iran sejak 28 Feb lepas.
Serangan tersebut telah meningkatkan ketegangan serantau dan mencetuskan gesaan antarabangsa supaya semua pihak menghentikan operasi ketenteraan bagi mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih buruk.