Skip to main content

Dunia

Prabowo adakan lawatan rasmi ke Jepun, perkukuh hubungan strategik

61756622133_PrabowoSubianto.jpg
Prabowo dijadual melakukan beberapa penglibatan penting semasa lawatan itu, antaranya menghadap Maharaja Jepun Naruhito. - Gambar fail

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas ke Jepun pada Ahad untuk lawatan rasmi yang bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Biro Akhbar, Media dan Penerangan Sekretariat Presiden dalam kenyataan memaklumkan Prabowo diiringi Menteri Luar Sugiono, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Bahlil Lahadalia dan Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya sepanjang lawatan.

Teddy dalam kenyataan itu dipetik sebagai berkata presiden dijadual melakukan beberapa penglibatan penting semasa lawatan itu.

“Antaranya ialah Presiden Prabowo akan menghadap Maharaja Jepun Naruhito,” katanya.

Prabowo juga dijadualkan bertemu Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi di Istana Akasaka di Tokyo dan mereka dijangka memajukan kerjasama strategik merentas pelbagai sektor termasuk pelaburan, tenaga, hal ehwal maritim dan digital.

Dari Jepun, Prabowo dan delegasinya dijadualkan melawat Korea Selatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video