Skip to main content

Dunia

PM Pakistan alu-alukan gencatan senjata Lubnan, sokong usaha diplomatik Trump

Shehbaz Sharif
Shehbaz (foto) menyifatkan gencatan senjata tersebut sebagai hasil usaha diplomatik yang diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. -Gambar fail/Reuters

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata di Lubnan dan menyuarakan harapan agar langkah itu membuka laluan ke arah keamanan yang mampan di wilayah Asia Barat.

Menerusi hantaran di platform X, beliau menyifatkan gencatan tersebut sebagai hasil usaha diplomatik yang diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Pakistan menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan,” kata beliau, sambil menambah Islamabad akan terus menyokong semua usaha yang menjurus ke arah keamanan jangka panjang di rantau berkenaan.

 

 

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Shehbaz sedang dalam rangka lawatan serantau dan tiba di Qatar pada Khamis bagi mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara terbabit.

Lawatan tersebut turut menyentuh perkembangan rundingan diplomatik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran, susulan gencatan yang diumumkan di beberapa medan konflik serantau, termasuk Lubnan, selepas beliau menyelesaikan kunjungan ke Arab Saudi dan sebelum dijadualkan meneruskan lawatan ke Turkiye.

Sebelum ini, Islamabad menjadi tuan rumah pusingan awal rundingan antara Washington dan Tehran, dengan perbincangan susulan dijangka diteruskan dalam masa terdekat.

 

Must Watch Video