Skip to main content

Dunia

Pilihan Raya Presiden Sri Lanka masuk pusingan kedua pengiraan undi

71726908399_presidentialelectio.jpg
COLOMBO: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka, R.M.A.L. Ratnayake pada Ahad berkata pilihan raya presiden negara itu memasuki pengiraan undian pusingan kedua, lapor Xinhua.

Beliau memaklumkan bahawa Anura Kumara Dissanayake dari Parti National People's Power (NPP) dan Sajith Premadasa dari Parti Samagi Jana Balawega (SJB) layak meneruskan persaingan.

Penyandang presiden Ranil Wickremesinghe, gagal dalam pusingan pertama.

-- BERNAMA

Must Watch Video