Skip to main content

Dunia

Pesawat MIG-29k Tentera Laut India terhempas

81665580257_jetTerhempas.jpg
NEW DELHI: Sebuah pesawat MIG-29K milik Tentera Laut India terhempas di Goa pada Rabu.

Pesawat itu sedang melakukan penerbangan rutin di kawasan laut apabila mengalami masalah teknikal semasa kembali ke pangkalannya, kata tentera laut dalam satu kenyataan.

Juruterbang berjaya keluar daripada pesawat dan ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat.

Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil.

Siasatan untuk mencari punca kejadian sedang dijalankan, kata tentera laut.

"Ia merupakan kemalangan keempat yang melibatkan MiG-29K sejak 2019, menurut laporan dalam talian NDTV.

-- BERNAMA

Must Watch Video