LIMA: Kerajaan Peru pada Ahad mengisytiharkan keadaan darurat selama 60 hari di 134 daerah merentasi lapan wilayah berikutan risiko yang bakal terjadi akibat hujan lebat, lapor Xinhua.
Menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi El Peruano, langkah itu meliputi daerah di wilayah Ancash, Ica, La Libertad, Lambayeque, Lima, Moquegua, Piura dan Tumbes.
Keputusan itu juga dibuat susulan penilaian oleh Institut Pertahanan Awam Kebangsaan, yang memberi amaran bahawa hujan lebat dan banjir yang berterusan boleh mengancam nyawa serta sumber mata pencarian, selain berisiko mengatasi keupayaan tindak balas pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA