Skip to main content

Dunia

Pertikaian kuasa: Presiden Mesir jumpa hakim

51353975746_120x90.jpg
Presiden Mesir Mohamed Morsi mengadakan pertemuan dengan barisan hakim kanan negara itu dalam tindakan yang dilihat sebagai cubaan untuk mengendurkan ketegangan berhubung bantahan terhadap isu perebutan kuasa oleh beliau.

Ini adalah krisis politik terburuk negara itu selepas dua tahun sejak kebangkitan  rakyat negara itu yang menyaksikan Mohamed dan kerajaan pro Islam mengambil alih  pemerintahan.

Perbincangan Mohamed dan hakim juga diadakan ketika kumpulan pembangkang mengugut untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran hari ini.

Mahkamah Mesir dijangka mengeluarkan penghakiman minggu hadapan berhubung perintah dekri yang dikeluarkan Mohamed untuk mengambil-alih semua kuasa pemerintahan.

Sementara itu ribuan  penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memperingati kematian Gaber Salah, seorang anggota Pergerakan 6 April yang meninggal dunia ketika satu tunjuk perasaan.

Dekri yang diisytiharkan Morsi antara lain membenarkan beliau membuat keputusan berkaitan undang-undang yang tidak boleh dicabar badan kehakiman.

Satu tindakan yang dilihat ramai pihak menjurus kepada pemerintahan diktator.

Must Watch Video