NEW DELHI: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong tiba di New Delhi pada malam Selasa bagi lawatan rasmi pertamanya ke India sebagai Perdana Menteri atas jemputan rakan sejawatnya Narendra Modi, lapor Xinhua.
Wong diiringi delegasi peringkat tinggi dalam lawatan rasmi tiga hari itu termasuk beberapa menteri Kabinet serta pegawai kanan.
Kemuncak lawatan beliau ialah mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri India pada Khamis, dan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dijangka dimeterai.
Perdana Menteri Singapura itu turut dijadual bertemu Presiden India Droupadi Murmu, selain berinteraksi dengan pemimpin perniagaan India serta mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri persekutuan negara itu.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India, lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik India-Singapura.
-- BERNAMA