Skip to main content

Dunia

Perang ke atas Iran boleh ditamatkan, jika Tehran akur syarat - Trump

RC233LAMEJTX
Presiden AS Donald Trump memberi amaran pengeboman baharu akan menyusul jika Iran menolak syarat berkenaan. - Gambar fail

ISTANBUL: Perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran boleh ditamatkan sekiranya Tehran mematuhi syarat perjanjian yang dikemukakan, kata Presiden AS Donald Trump sambil memberi amaran pengeboman baharu akan menyusul jika Iran menolak (syarat berkenaan) lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Mengandaikan Iran bersetuju untuk memberi apa yang telah dipersetujui, iaitu, mungkin, satu andaian yang besar, (operasi) Epic Fury yang ulung akan berakhir, dan Sekatan yang sangat berkesan akan membolehkan Selat Hormuz terbuka kepada semua, termasuk Iran," kata Trump dalam akaun Truth Social beliau.

Selat Hormuz adalah antara laluan air paling strategik di dunia yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Sebarang gangguan di selat berkenaan boleh membawa kesan yang ketara kepada pasaran tenaga global dan keselamatan serantau.

Trump juga memberi amaran bahawa jika Iran tidak menerima syarat itu, pengeboman akan diteruskan "pada tahap dan intensiti yang lebih tinggi" daripada sebelumnya.

Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian tersebut, tuntutan khusus yang dikenakan ke atas Iran, atau masa untuk sebarang tindakan ketenteraan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video