Skip to main content

Dunia

Pengganti Ali Khamenei: Memahami konsep Wilayah al-Faqih, pencarian tokoh reformis oleh kuasa Barat

People recite prayers during a memorial ceremony held for the late Supreme Leader of Iran Ayatollah Ali Khamenei and for other Iranians who were killed in Israeli and U.S. strikes on Saturday, at Kuala Lumpur, Malaysia, March 2, 2026. REUTERS/Hasnoor Hussain
Dalam tempoh kekosongan Pemimpin Agung Iran, sebuah majlis kepimpinan sementara telah dibentuk bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara. - Foto Agensi/Reuters

KUALA LUMPUR: Pemilihan pemimpin tertinggi Iran tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Republik Islam itu serta keputusan 88 anggota Majlis Syura Ulama atau dikenali sebagai 'Assembly of Experts'.

Prof Adjung Akademi Pengajian Islam UM, Dr Kamaruzaman Yusoff berkata proses kompleks ini berpusatkan teori politik Syiah iaitu Wilayah al-Faqih, seorang pemimpin maksum yang mentadbir hal ehwal masyarakat semasa ketiadaan Imam Mahdi.

Dalam tempoh kekosongan Pemimpin Agung Iran ini, sebuah majlis kepimpinan sementara telah dibentuk bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara.

"Jawatankuasa ini terdiri daripada Masoud Pezeshkian (Presiden Iran), Gholam-Hossein Mohseni-Ejei (Ketua Kehakiman) serta Alireza Arafi (Wakil Majlis Pengawal). Seorang lagi tokoh yang mungkin terkebelakang adalah Mojtaba Khamenei (anak kedua kepada Ali Khamenei).

"Kesemua calon ini mempunyai kelebihan tersendiri, malah kuasa Barat ketika ini sedang membuat percaturan untuk melihat tokoh reformis mana yang lebih terbuka berdialog.

"Antara yang menjadi sebutan dunia Barat adalah Hassan Khamenei (cucu Ali Khamenei) dan Alireza Arafi. Tokoh lain seperti Mohseni-Ejei walaupun disenangi 88 anggota Majlis Syura, namun beliau bersifat 'ketat' daripada segi pemikirannya.

"Calon sudah ada, cuma perlu menunggu masa untuk dilakukan pengundian dalam kalangan Majlis Syura. Inilah yang perlu kita fahami tentang struktur pentadbiran Syiah itu sendiri," jelas Kamaruzaman ketika program Pantau Agenda Reformasi, pada Selasa.

Tambah Kamaruzaman, jawatan Pemimpin Agung di Iran mempunyai kuasa amat luas meliputi aspek ekonomi, dasar luar, ketenteraan, pilihan raya dan institusi utama negara.

Justeru, pemilihan pengganti Ayotallah ini merupakan proses amat kritikal, bukan sahaja kepada Iran, malah kestabilan seluruh rantau Asia Barat.

Must Watch Video