Skip to main content

Dunia

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan

61740196647_CharlesQBrown.jpg
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeneral Charles 'CQ' Brown atas atas perkhidmatannya selama lebih 40 tahun kepada negara kita, termasuk sebagai Pengerusi Ketua Staf Bersama kami sekarang.

"Beliau seorang yang berbudi pekerti dan pemimpin yang cemerlang, dan saya mendoakan masa depan yang baik untuk beliau dan keluarganya," tulis Trump di Truth Social.

Beliau turut mengumumkan pencalonan Leftenan Jeneral Tentera Udara, Dan "Razin" Caine, sebagai pengganti Brown untuk jawatan itu.

Pencalonan itu perlu mendapat kelulusan Senat.

-- BERNAMA






Must Watch Video