Skip to main content

Dunia

Pemandu jentolak mabuk punca nahas pesawat korbankan CEO TOTAL

51413937930_295x200.jpg
Susulan nahas pesawat yang berlanggar dengan sebuah jentolak salji ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo, Moscow.

Pasukan penyiasat Rusia memaklumkan pemandu jentolak berkenaan berada dalam keadaan mabuk ketika insiden.

Laporan awal turut mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak TOTAL, Christophe De Margerie dan tiga anak kapal yang lain maut dalam nahas itu.

Insiden pada jam 11.57 malam waktu Moscow  itu menyaksikan pesawat peribadi milik De Margerie bertembung dengan sebuah mesin jentolak salji ketika melakukan pelepasan di lapangan terbang berkenaan.

Jarak penglihatan ketika itu adalah sejauh 350 meter.

TOTAL merupakan syarikat minyak ketiga terbesar dunia sementara mendiang De Margerie dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak 2007.

Must Watch Video